7 OGOS 2023 || ISNIN || 7.30-8.30 PAGI/1.10-2.10 PETANG
Tema :
Malaysia Madani: “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”
Syabas dan tahniah kepada Unit Kokurikulum dan Unit Kurikulum yang bekerjasama menjayakan majlis pelancaran hari ini. Terima kasih kepada barisan pentadbir yang sentiasa memberikan sokongan, guru- guru dan akp yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kelancaran program hari ini.
Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sambutan bulan kebangsaan ini.
Diharapkan murid-murid SMK Taman SEA dapat mengambil peluang melibatkan diri dan bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan seterusnya dapat memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam diri masing-masing.
Merdeka 🇲🇾Merdeka 🇲🇾Merdeka 🇲🇾








Recent Comments