Peraturan Sekolah
A PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Pakaian Seragam Murid Perempuan
- Pinafore biru (turquoise) dan baju putih berlengan pendek yang kosong dan tidak bercorak atau berjalur.
- Bagi murid-murid perempuan Tingkatan 6, baju puttih lengan pendek dan skirt biru (turquoise).
- Panjang pinafore hendaklah ke paras 3 cm ke bawah lutut.
- Baju kurung berwarna putih dan kain berwarna biru yang kosong dan tidak bercorak atau berjalur..
- Baju kurung mesti dibutangkan.
- Lengan baju kurung tidak boleh dilipat.
- Kain hendaklah jangan terlalu jarang.
- Murid-murid Islam boleh memakai tudung berwarna putih, berukuran sehingga ke paras dada, berbentuk tiga segi sama dan tepinya tidak boleh berkerawang atau berfesyen.
- Anak telekung juga berwarna putih atau hitam.
- Camisole putih mesti dipakai bersama baju kurung.
Pakaian Seragam Murid Lelaki
- Baju kemeja putih berlangan pendek, tanpa fesyen dan tidak bercorak atau berjalur.
- Seluar pendek atau panjang berwarna hijau, jenis kain drill dan potongan biasa (tanpa fesyen).
- Seluar panjang hijau mesti dipakai untuk murid-murid tingkatan 3 – 5 dan putih untuk murid tingkatan 6.
- Syarat-syarat bagi seluar panjang :-
- Labuh kaki seluar sekurang-kurangnya ke paras buku lali.
Seluar tidak boleh mengikut fesyen semasa, seluar panjang yang berkaki besar, ketat atau senteng adalah dilarang.
- Tidak boleh memakai baju ‘T’ di dalam baju sekolah.
- Murid-murid Islam boleh memakai baju Melayu lengkap pada hari Jumaat iaitu:-
Songkok berwarna hitam.
Baju kurung teluk belanga atau cekak musang berwarna putih.
Seluar panjang baju Melayu berwarna putih.
Bersampin warna biru yang dipakai di atas baju.
- Tali pinggang seluar yang berwarna hitam, coklat atau hijau (warna kain seluar) didbenarkan. Ukuran antara 2 – 2.5 cm dan kepalanya tidak melebihi besar tali pinggang dan tidak membahayakan.
- Pengawas lelaki boleh memakai tali pinggang berwarna putih.
KASUT
- Kasut kanvas berwarna putih dan bertapak getah. Permukaan kasut mesti berwarna putih. Kasut kanvas berwarna hitam untuk murid tingkatan 6.
- Tali kasut berwarna putih, diikat dengan cara biasa, tidak boleh diikat ke belakang. Tali kasut berwarna hitam untuk murid tingkatan 6.
STOKIN
- Stokin warna putih, biiasa tanpa fesyen atau belang-belang. Panjang stoking tidak kurang daripada 10 cm dan tidak melebihi 25 cm.
TALI LEHER
- Semua murid mesti memakai tali leher semasa perhimpunan rasmi.
TAG NAMA
- Nama mestilah mengikut nama yang tertuliss dalam kad pengenalan. Nama samaran / timangan tidak dibenarkan.
- Murid-murid tidak dibenarkan menukar warna tag yang telah ditetapkan oleh sekolah bagi tingkatan masing-masing.
TANDA SESI
- Diitampal dileher baju sekolah sebelah kiri. Tanda sesi yang kabur warnanya mesti diganti baru.
B PERHIASAN DIRI
RAMBUT
Murid Perempuan
- Murid perempuan tidak dibenarkan mewarna rambut atau menggunakan jel.
- Murid perempuan yang berambut panjang handaklah mengikat rambut mereka atau menjalinnya dengan kemas.
- Murid perempuan yang berambut pendek hendaklah menyikat rambut mereka dengan kemas dan panjang rambut yang pendek hendaklah tidak mencecah bahu.
- Rambut bahagian hadapan tidak boleh menutup kening.
- Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa, seperti ‘punk’ berekor dan sebagainya.
- Riben – warna putih, hitam dan biru sahaja yang dibenarkan. Tidak berkilat atau bercorak, saiz tidak lebih daripada 2 cm.
- Klip dan ‘hairband’ – warna putih, hitam atau biru. Saiznya tidak melebihi 10 cm panjang, jenis plastik dan tidak bercorak.
- ‘Tatoo’ kening tidak dibenarkan.
Murid Lelaki
- Tidak dibenarkan mengeriting rambut, mewarnakan rambut atau menggunakan jel.
- Panjang rambut mestilah 2 cm atau lebih dari kolar baju, di hadapan rambut tidak boleh menutup garisan tengah dahi.
- Di sebelah rambut tidak boleh menutup teliinga. ‘Sideburn’ tidak boleh melebihi garisan tengah hidung.
- Tidak boleh bermisai, berjanggut atau berjambang.
- Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti ‘punk’ berekor dan sebagainya.
KUKU
- Semua murid mesti berkuku pendek, bersih dan dilarang mewarnakannya.
ALAT SOLEK
- Penggunaan alat solek (termasuk celak) ke sekolah dilarang sama sekali.
SUBANG
- Sepasang subang yang sama bentuk dan warna dibenarkan kepada murid-murid perempuan sahaja.
- Ukuran tidak melebihi diameter 0.5 cn sahaja,, berwarna emas, putih sahaja. Batu permata tidak dibenarkan.
BARANG KEMAS
- Murid-murid tidak dibenarkan membawa atau memakai barang-barang kemas dan perhiasan ke sekolah. Jika tertangkap barang-barang itu akan dirampas (kecuali subang yang dibenarkan).













