Lencana Sekolah

Warna kuning telur pula berasaskan kesucian, kesetiaan dan kemuliaan.

Bentuk segitiga pada bahagian atas lencana sekolah menekankan perpaduan, kekuatan dan kedaulatan manakala di bahagian bawah tertulis cogankata sekolah iaitu SEE (AWAS), EVALUATE (NILAI), ACT (BERTINDAK).

Dua ekor harimau melambangkan kekuatan dan mewakili pelajar-pelajar lelaki.

Pelajar perempuan pula dilambangkan melalui sekuntum bunga ros yang juga memaparkan kasih sayang.

Simbol-simbol tersebut merupakan inspirasi kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan.