Garis Panduan Kokurikulum
| 1. KONSEP | |||||
| 1.1 | Gerakerja Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri. Gerakerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah (sebelum atau selepas waktu persekolahan) mengikut keadaan dan kesesuaian. | ||||
| 1.2 | Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa : | ||||
| 1.2.1 | Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan di antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani) ; | ||||
| 1.2.2 | Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan ; | ||||
| 1.2.3 | Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri ; | ||||
| 1.2.4 | Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat dan Negara ; | ||||
| 1.2.5 | Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik pelajar-pelajar, termasuk pendidikan kemasyarakatan. | ||||
| 2. MATLAMAT | |||||
| Kegiatan kokurikulum mempunyai matlamat utama untuk melahirkan remaja yang berpotensi, sentiasa bersedia, peka, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mempunyai daya tahan diri dan sentiasa positif di dalam segala bidang yang diceburi.Matlamat Gerakerja Kokurikulum yang hendak dicapai ialah : | |||||
| 2.1 | Perseimbangan di antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani selaras dengan FPN. | ||||
| 2.2 | Peningkatan penyertaan secara aktif di kalangan pelajar sekolah. | ||||
| 2.3 | Pengukuhan semangat berdikari, cekap, daya tahan dan tanggungjawab. | ||||
| 2.4 | Pengisian masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. | ||||
| 2.5 | Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif. | ||||
| 2.6 | Peningkatan bakat dan minat individu pelajar ke arah kecemerlangan. | ||||
| 2.7 | Pengukuhan integrasi aktiviti kokurikulum dengan kurikulum. | ||||
| 2.8 | Pengukuhan dan pengayaan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu. | ||||
|
3. PENDEKATAN PELAKSANAAN |
|||||
| Aktiviti kokurikulum yang bersepadu dan mempunyai tujuan khusus perlu dilaksanakan melalui pendekatan-pendekatan berikut : | |||||
| 3.1 | Setiap pelajar menyertai pasukan beruniform dan mengikuti perkhemahan sekurang-kurangnya sekali di peringkat rendah dan sekali di peringkat menengah. | ||||
| 3.2 | Setiap pelajar menyertai kelab-kelab atau persatuan atau kumpulan yang dianjurkan oleh sekolah seperti aktiviti-aktiviti kembara, ekspedisi dan berbagai aktiviti pengalaman dan latihan tahan lasak dan cabaran kehidupan. | ||||
| 3.3 | Penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan permainan adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut : | ||||
| a) | Sukan Untuk Semua | ||||
| - | Setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya sejenis sukan / permainan dan larian merentas desa / marathon dan permainan dalaman seperti catur, sahibba dan sebagainya. | ||||
| - | Melibatkan diri dalam senaman beramai-ramai. | ||||
| b) | Sukan Untuk Kecemerlangan | ||||
| - | Pilihan berdasarkan kebolehan, minat dan bakat. | ||||
| - | Sukan dan permainan bagi mewakili sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. | ||||
| 4. PANDUAN UMUM | |||||
| 4.1 | Setiap pelajar WAJIB mengambil bahagian dalam 4 kegiatan kokurikulum. | ||||
| 4.2 | Pelajar mesti berdaftar dalam sekurang-kurangnya : | ||||
| 4.2.1 | 1 persatuan / kelab | ||||
| 4.2.2 | 1 kelab permainan | ||||
| 4.2.34.2.4 | 1 pasukan pakaian beruniform
1 rumah sukan (berdasarkan nombor pendaftaran sekolah) |
||||
| 4.3 | Ahli-ahli pasukan beruniform seragam yang tidak mampu memiliki pakaian seragam lengkap dibolehkan memakai pakaian yang telah dipersetujui oleh pasukan tersebut dan pelajar perlu memaklumkan perkara tersebut kepada guru penasihat yang berkenaan. | ||||
| 4.4 | Semua kegiatan kokurikulum mesti dijalankan seperti yang dijadualkan. | ||||
| 4.5 | Setiap kegiatan kokurikulum mesti diawasi oleh sekurng-kurangnya seorang guru penasihat. | ||||
| 4.6 | Kegiatan yang melibatkan semua pelajar boleh dijalankan, dengan syarat mendapat kebenaran daripada Penolong Kanan Kokurikulum / Pengetua. | ||||
| 4.7 | Penganjur Kegiatan Kokurikulum selain daripada aktiviti mingguan biasa dikehendaki menyediakan satu kertas kerja bertaip oleh pelajar, disemak oleh guru, disahkan oleh Penolong kanan Kokurikulum dan diluluskan oleh Pengetua. | ||||
| 4.8 | Kegiatan untuk Persatuan / Kelab, Pasukan Pakaian Beruniform, Permainan dan Rumah Sukan adalah pada hari-hari yang telah ditetapkan seperti didalam Jadual Perjumpaan. | ||||
| 4.9 |
Sekiranya Persatuan, Kelab Permainan dan Unit Beruniform tidak dapat dijalankan pada hari tersebut, guru penasihat perlu memaklumkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan semua pelajar yang terlibat tentang sebarang perubahan masa aktiviti. |
||||
| 5. KEHADIRAN | |||||
| 5.1 | Guru | ||||
| 5.1.1 | Guru penasihat mesti hadiri setiap aktiviti persatuan / kelab / pasukannya. | ||||
| 5.1.2 | Guru mesti menandatangani Buku Kedatangan Aktiviti Kokurikulum – Buku Log Penyelaras ( pada Penyelaras Kokurikulum ) dan mengisi ruangan yang telah disediakan dengan maklumat yang dikehendaki. Buku Log itu akan diletakkan di tempat meletak buku bertugas di pejabat selain daripada perakam ketika datang dan balik. | ||||
| 5.2 | Murid | ||||
| 5.2.1 | Kedatangan pelajar-pelajar mesti direkodkan ke dalam Buku Log persatuan / kelab / pasukan. Guru penasihat pagi menyimpan rekod pelajar pagi dan guru petang menyimpan rekod petang. | ||||
| 5.2.2 | Pelajar-pelajar yang tidak hadir mesti diambil tindakan segera dengan menghantar surat amaran ketidakhadiran aktiviti kokurikulum kepada ibubapa. | ||||
| 5.2.3 | Pelajar-pelajar yang tidak hadir sebanyak tiga kali tanpa sebab hendaklah diberi notis berhenti dan jika namanya telah dipotong daripada persatuan / kelab / pasukan ; guru tingkatan hendaklah diberitahu. | ||||
| 6. BUKU PERGERAKAN KEGIATAN KOKURIKULUM | |||||
| 6.1 Setiap persatuan / kelab / pasukan / rumah sukan / permainan mesti mempunyai buku pergerakan kegiatan kokurikulum yang perlu dilengkapkan mengikut ketetapan tertentu.
6.2 Buku pergerakan kegiatan kokurikulum hendaklah diserahkan kepada penyelaras-penyelaras pada tarikh-tarikh yang ditetapkan untuk tujuan pemantauan. 6.3 Buku pergerakan kegiatan kokurikulum hendaklah sentiasa bersama dengan ketua guru penasihat untuk tujuan pemantauan.
|
|||||
| 7. PAKAIAN | |||||
| 7.1 | Pelajar-pelajar yang mempunyai pakaian seragam hendaklah memakai pakaian seragam semasa aktiviti dijalankan. | ||||
| 7.2 | Pelajar-pelajar yang tidak mempunyai pakaian seragam hendaklah menggunakan kemeja T-Shirt sekolah dan seluar berwarna gelap iaitu biru tua atau hitam. | ||||
| 7.3 | Penggunaan selipar adalah dilarang. | ||||
| 8. PELAJAR-PELAJAR KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH / LAWATAN | |||||
| 8.1 | Setiap lawatan hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan. | ||||
| 8.2 | Setiap pelajar yang dibawa keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa. ( Borang boleh didapati di rak pejabat ). | ||||
| 9. TENAGA PENGAJAR DARI LUAR | |||||
| 9.1 | Semua tenaga pengajar dari luar bagi sebarang kegiatan hendaklah menyerahkan butir-butir diri kepada PK Kokurikulum seperti di bawah :Nama :
No. KP : Tarikh Lahir : Alamat Rumah : Nama dan Alamat Majikan : No. Tel. Rumah : No. Tel. Pejabat :
|
||||
| 10. | SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM | ||
| 10.1 | Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah. | ||
| a. | Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek). | ||
| b. | Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. | ||
| c. | Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. | ||
| d. | Menentukan takwim dan jadual aktiviti. | ||
| e. | Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh. | ||
| f. | Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan. | ||
| g. | Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. | ||
| h. | Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga Sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain. | ||
| i. | Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. | ||
| j. | Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. | ||
| k. | Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. | ||
| l. | Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. | ||
| m. | Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar. | ||
| 10.2 | Tanggungjawab Guru Penasihat/Pemimpin | ||
| a. | Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. | ||
| b. | Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. | ||
| c. | Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. | ||
| d. | Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. | ||
| e. | Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. | ||
| f. | Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. | ||
| g. | Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab Persatuan Dan Sukan/Permainan. | ||
| h. | Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. | ||
| i. | Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan. | ||
| j. | Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan. | ||
| k. | Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. | ||
| l. | Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa dalam lawatan atau projek yang dijalankan. | ||
| m. | Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli didalam buku indeks yang ditetapkan. | ||
| n. | Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. | ||
| o. | Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. | ||
| p. | Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. | ||
| q. | Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. | ||
| r. | Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. | ||
| s. | Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. | ||
| t. | Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. | ||
| 10.3 | Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan | ||
| a. | Membentuk jawatankuasa. | ||
| b. | Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan. | ||
| c. | Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. | ||
| d. | Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. | ||
| e. | Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. | ||
| f. | Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah. | ||
| g. | Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. | ||
| h. | Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. | ||
| i. | Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai didalam buku indeks yang telah ditetapkan. | ||
| j. | Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. | ||
| k. | Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar. | ||
| l. | Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. | ||
| m. | Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan. | ||
| n. | Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan. | ||
| o. | Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara). | ||
| p. | Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, Kebudayaan & Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan. | ||
| q. | Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa. | ||






