Dari Meja Pengetua
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
Bersyukur kehadrat Allah Subahanahu Wataala kerana dengan limpah izinNya dapat saya menulis diruangan ini. Selamat tahun baru 2013/1434H kepada semua warga SMK Taman SEA Tahniah kepada warga guru kerana telah menerima kenaikan gaji dan gred mengikut kelayakan tempoh masa perkhidmatan.Sebagai guru ,sesungguhnya kita memang dituntut untuk memberi perkhidmatan yang semakin baik kepada murid-murid untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global.Sejajar dengan falsafah Pendidikan Negara guru-guru- perlu memastikan setiap murid mempunyai 6 ciri utama iaitu: Pengetahuan,Identiti Nasional,Etika dan Kerohanian ,Kemahiran dwibahasa,Kemahiran memimpin dan Kemahiran berfikir.Syabas diucapkan kepada guru-guru yang terus bersemangat kental untuk merealisasikan kejayaan program Penilaian Berasaskan sekolah (PBS) walaupun menghadapi kesukaran diperingkat awal.Semoga setiap program yang dilaksanakan termasuk Program Guru Penyayang,Satu Murid Satu Sukan akan menambah keintiman antara guru dengan pelajar.
Tranformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun 2013-2025.Marilah kita terus berkhidmat dengan ikhlas dan amanah dengan menjaga masa instruksional (MMI) supaya kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berlaku dengan maksimum dan berkesan.Sehubungan dengan itu kita sama-sama menyedari kejatuhan prestasi akademik murid berbanding standard antarabangsa .Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study(TIMSS) ,telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan.Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.
Pemikiran luar kotak/lain dari kebiasaan dalam kalangan warga pendidik amat diperlukan dalam melakar perancangan strategik,taktikal dan operasi dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan Hal Ehwal Murid disamping mengekalkan budaya yang baik.Penetapan KPI dalam melaksanakan tugasan adalah perlu untuk mengukur pencapaian sebenar.Kajian Tindakan yang dibuat oleh semua guru adalah kaedah terbaik untuk membaiki penyampaian P&P guru dalam bilik darjah. Saya amat menghargai keupayaan guru dan murid yang berterusan mengharumkan nama sekolah SMK Taman SEA.Akhir kata , marilah kita berdoa untuk dapat bekerja sepasukan,demi merealisasikan VISI dan MISI sekolah,memperkasakan keilmuan, sahsiah dan keterampilan diri dengan rasa muhibah,penuh tanggungjawab dan bersangka baik antara satu sama lain.
Sekian,wassalam.
HJH SITI MASRAH BT NAPIAH
Pengetua SMK Taman SEA







