Aug 6, 2012

Posted by in Berita Menarik, Guru, Ibu Bapa, Pelajar, Sekolah | 0 Comments

Program Kasih Ramadhan

Program KASIH RAMADHAN bagi Sumbangan Baju Melayu / Kurung (baharu)

Untuk Anak Yatim Dan Fakir Miskin

Anjuran Jabatan Pelajaran Selangor

yang dijayakan oleh

Pelajar-pelajar Tingkatan Enam di Negeri Selangor.

Baju Melayu (lelaki) dan Baju Kurung (perempuan) yang baharu akan disumbangkan kepada Rumah-Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Seluruh Negeri Selangor yang akan dikenalpasti layak menerima bagi persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Objektif  utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara hands-0n kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam di Negeri Selangor dalam salah satu aktiviti sukarela yang boleh diusahakan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.  Di samping itu, program ini juga dapat menerapkan kemahiran belajar, berfikir, motivasi, kerjaya, kepimpinan dan kemahiran interpersonel bagi membantu kecemerlangan akademik mereka di sekolah.  Usaha ini adalah selaras dengan matlamat kita bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing tinggi (Coping Skills) sebagai persiapan memasuki pasaran pekerjaan yang serba kompetitif serta mampu melaksanakan tanggungjawab sosial yang berkesan.

Album foto

Kasih Ramadhan

Passing the Tong

Shop Till We Drop

Sort And Pack

Penyerahan

About support

has written 623 post in this blog.

Leave a Reply