Posted by support in Berita Menarik, Guru, Ibu Bapa, Pelajar, Sekolah | 0 Comments
Pertandingan Analisis Senario Habitat Sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2012
Pertandingan Analisis Senario Habitat ialah satu pertandingan di mana para peserta (pelajar) diberikan satu senario atau masalah dan mereka diminta menggunakan pemikiran kritikal untuk mencari jalan penyelesaian. Aktiviti begini adalah lebih berkesan dalam melatih pelajar berfikir secara logik dan membuat pertimbangan rasional semasa berhadapan dengan masalah.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti dan menganalisis masalah yang dihadapi;
- Melatih pelajar berfikir secara logik dan membuat pertimbangan rasional dalam menyelesaikan masalah;
- Membina keyakinan diri pelajar dalam menyuarakan pendapat dan idea; dan
- Menggalakkan pelajar membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam mengumpulkan maklumat yang komprehensif bagi pembentangan.
KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar pertandingan adalah terdiri daripada semua Sekolah Menengah di seluruh negara. Pecahan kategori adalah seperti berikut :-
- Kategori Menengah Rendah ( Tingkatan 1 – 3 )
- Kategori Menengah Atas ( Tingkatan 4 – 6 )
FORMAT PERTANDINGAN
- Sebanyak 4 senario telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seperti berikut :-
- Pengurusan Sisa Pepejal (1 Senario);
- Perubahan Iklim (1 Senario)
- Bandar Selamat (1 Senario)
- Perumahan Mampu Milik (1 Senario)
- Setiap kumpulan pelajar diminta untuk memilih dan menganalisis SATU senario sahaja dan merekabentuk penyelesaian yang difikirkan sesuai.
- Analisis dan penyelesaian yang dipilih perlu dikemukakan di dalam format Powerpoint tidak melebihi 20 slaid atau saiz kapasiti 20MB dan boleh diemelkan terus kepada Urusetia. Persembahan dalam bentuk audio, video dan ciri-ciri interaktif tidak dibenarkan.
- Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Hanya kumpulan yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak urusetia selepas 03 SEPTEMBER 2012 (ISNIN) BAGI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH ATAS DAN RENDAH
- Tiga kumpulan terbaik bagi setiap kategori akan disenarai pendek dan kumpulan tersebut akan dipanggil untuk sesi pembentangan di hadapan panel hakim yang dilantik oleh KPKT pada 01 Oktober 2012 di Dewan Kristal, KPKT. Format pembentangan adalah Powerpoint dan boleh menggunakan bahan persembahan sokongan (contoh : model, poster, grafik, multimedia) dan tempoh masa ditetapkan adalah seperti berikut :-
- Kategori Menengah Atas – 20 minit
- Kategori Menengah Rendah – 20 minit
- Tiga kumpulan yang menyampaikan pembentangan terbaik akan dipilih sebagai pemenang tiga hadiah utama.
- Hadiah akan disampaikan pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Habitat Sedunia 2012 pada 01 Oktober 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.
SYARAT PERTANDINGAN
- Bilangan penyertaan bagi Kategori Sekolah Menengah dihadkan kepada dua (2) Kumpulan sahaja (SATU) penyertaan bagi Menengah Atas dan SATU penyertaan bagi Menengah Rendah).
- Setiap kumpulan hendaklah terdiri tidak lebih daripada 4 orang ahli. Komposisi pelajar dalam setiap kumpulan adalah bebas iaitu campuran pelajar dari pelbagai Tingkatan atau dari Tingkatan yang sama. Setiap kumpulan perlu dibimbing oleh seorang guru.
- Hasil karya merupakan kerja sendiri dan asli dan segala hasil karya menjadi hakmilik urusetia.
- Setiap kumpulan yang ingin mengambil bahagian dikehendaki mengemukakan butiran lengkap dengan menggunakan borang penyertaan rasmi bagi Pertandingan Analisis Senario Habitat ini .
HADIAH PERTANDINGAN
Kategori Menengah Atas
Tempat Pertama: Wang Tunai RM2,000 dan Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : Wang Tunai RM1,200 dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga Wang Tunai RM800 dan Sijil Penyertaan
Kategori Menengah Rendah
Tempat Pertama : Wang Tunai RM1,600 dan Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : Wang Tunai RM960 dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM640 dan Sijil Penyertaan
Peserta dari sekolah kita :
LEE YEW LEUNG
CHONG JUN NING
THANUSHA A/P MURTHY
WAN MUHAMMAD HABIBULLAH BIN WAN FAIZAL
(6A SEROJA)
http://habitat.kpkt.gov.my/?p=370









