Jul 15, 2012

Posted by in Berita Menarik, Guru, Ibu Bapa, Pelajar, Sekolah | 0 Comments

Ekspresi Remaja Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia

Kami amat bertuah apabila hanya 7 buah sekolah dalam daerah Petaling Utama telah mendapat jemputan untuk menyertai Program Ekspresi Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.  Majlis julung-julung kali yang dianjurkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) itu dilhamkan oleh Yang Di Pertuanya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Ini adalah satu majlis perhimpunan yang melibatkan seramai 4000 orang ahli Pandu Puteri dan Pengakap untuk bersama-sama YAB Perdana Menteri. 

 

Antara objektif program ini adalah untuk:

 

i) mendekatkan ahli-ahli Pandu Puteri dan Pengakap dengan pemimpin utama negara iaitu YAB Perdana Menteri.

 

ii) mempromosikan serta menggalakkan peningkatan bilangan keahlian dalam pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap dalam kalangan belia remaja.

 

 

Seramai 8 ahli Pandu Puteri telah menyertai acara ini dan mereka begitu teruja membantu dalam pengedaran makanan daripada penaja-penaja seperti KFC, Burger King, Chicken Rice Shop dan berbagai-bagai lagi.

 

Tepat pada pukul 2 petang, Stadium Negara telah dibanjiri dengan 4000 ahli Pandu Puteri.  Gegak gempita seluruh Stadium apabila YAB PM dan isteri tiba. Pandu Puteri telah membuat Mexican Waves.  Kami begitu bersemangat apabila dapat bertemu dengan YAB PM dengan begitu dekat sekali.

 

 

Dalam ucapan perasmian, Perdana Menteri mengulas bahawa beliau amat tertarik dengan ekspresi yang diluahkan ahli persatuan itu yang ingin berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara selari dengan falsafah persatuan  ‘Tolong Orang Selalu’.

 

Berbagai-bagai  persembahan menarik telah diadakan. Antaranya ialah tarian berirama oleh ahli –ahli Persatuan Pandu Puteri Petaling, Drumline KL, Pancaragam Sekolah Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan, artis tanah air Faizal Tahir dan Permata Seni.  Kami amat teruja kerana dapat bersama-sama dalam perhimpunan Pandu Puteri yang terbesar ini.

 

ALTHOUGH IT WAS A LONG DAY FOR US, WE REALLY HAD FUN, FRIENDS AND SWEET MEMORIES!!!!!

 

By Pn Aisah bt Ibrahim

 

 

Image Gallery

About support

has written 623 post in this blog.

Leave a Reply