Jun 27, 2012

Posted by in Berita Menarik, Guru, Ibu Bapa, Pelajar, Sekolah | 0 Comments

Band Prestasi Sekolah Menengah Negeri Selangor 2011 (SIP)

Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)

 

Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) merupakan usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi untuk memotivasi, membantu dan mencabar sekolah untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah masing-masing. Program ini terdiri daripada tiga bahagian yang akan membantu sekolah meningkatkan prestasi sedia ada, iaitu penyenaraian prestasi sekolah, School Improvement Toolkit dan rangkaian servis untuk membantu sekolah yang berprestasi rendah.
Program ini dilancarkan sebagai usaha KPM bagi memastikan matlamat Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Pendidikan dicapai selaras dengan komitmen dalam Program Tarnsformasi Kerajaan (GTP). Program ini juga sebagai tindakan komplemen untuk memastikan inisiatif yang dirancang di bawah sun NKRA Pendidikan iaitu Pra Sekolah, Literasi dan Numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi serta Tawaran Baru untuk Pengetua/Guru Besar mampu melonjakkan prestasi murid.
 
Sebagai contoh, Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah diumumkan merupakan inisiatif KPM untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah ke tahap paling cemerlang. Manakala program ini pula adalah untuk membantu sekolah-sekolah yang mundur atau berprestasi rendah ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya merapatkan jurang pendidikan antara sekolah.
 
Program ini sebagai aspirasi kepada semua sekolah khusus sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan untuk berjaya dan boleh meningkatkan kecemerlangan. Kegagalan akademik adalah kumulatif, maka program ini akan menyediakan peluang terbaik dan saksama kepada semua murid untuk berjaya  tidak kira latar belakang, bangsa dan agama seseorang.
Band Prestasi Sekolah

 

Band prestasi sekolah bertujuan untuk memberi gambaran kedudukan sebenar sekolah bagi membantu menyediakan sasaran pencapaian yang perlu dicapai. Band Prestasi Sekolah ini akan membantu KPM mengenalpasti kategori sekolah yang perlu diberi bantuan sewajarnya untuk meningkatkan prestasi sedia ada. Band Prestasi Sekolah dihasilkan dengan mengumpulkan sekolah kepada tujuh kategori pencapaian berdasarkan kepada keputusan peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri sekolah. Penyenaraian prestasi sekolah diperkenalkan dalam Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk pemberian ganjaran kepada pemimpin sekolah yang melepasi sasaran yang ditetapkan. Mulai 2010 Band Prestasi Sekolah di Malaysia akan diumumkan kepada pihak sekolah setiap tahun.
 
SKPM    :    Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
B             :    Lokasi Sekolah di Kawasan Bandar
LB           :    Lokasi Sekolah di Kawasan Luar Bandar
Sekolah yang dilorek kuning adalah sekolah dalam Daerah Petaling Utama.

About support

has written 623 post in this blog.

Leave a Reply