Sep 22, 2011

Posted by in Berita Menarik, Guru, Ibu Bapa, Pelajar, Sekolah | 0 Comments

Kehadiran Bergilir-gilir Ke Sekolah Bagi Pelajar Sesi Petang Semasa Peperiksaan PMR

Ibu Bapa / Penjaga

Pelajar-pelajar Kelas peralihan, Tingkatan 1 dan 2

 

Tuan,

 

KEHADIRAN BERGILIR-GILIR KE SEKOLAH BAGI PELAJAR KELAS PERALIHAN, TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2 SEMASA PEPERIKSAAN PMR

               

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sehubungan dengan itu, semas peperiksaan PMR, sebilangan bilik darjah digunakan untuk peperiksaan tersebut. Oleh itu pelajar-pelajar kelas peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2 akan hadir bergilir-gilir ke sekolah pada tempoh mulai 30.09.2011 hingga 11.10.2011 untuk mengatasi kekurangan bilik darjah (rujuk kepada jadual).

 

3.         Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkata 2 dikehendaki bersekolah semula mulai 12.10.2011(Hari Rabu). Pihak sekolah meminta kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memastikan anak-anak jagaan tuan/puan menggunakan cuti khas ini untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan bagi peperiksaan akhir tahun yang akan datang.

 

Kerjasama pihak tuan / puan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

 

Saya yang menurut perintah,

(SITI MASRAH BINTI NAPIAH)

Pengetua,

Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Taman SEA,

Petaling Jaya,

Selangor.

 

 

About support

has written 623 post in this blog.

Leave a Reply