Posted by support in Berita Menarik, Guru, Ibu Bapa, Pelajar, Sekolah | 0 Comments
7 Inisiatif PPDPU
INISIATIF 1
COACHING AND MENTORING
Coaching and Mentoring merupakan strategi pengurusan yang efektif bagi membimbing guru dalam menangani permasalahan yang mungkin timbul akibat salah faham atau arahan yang tidak jelas. Penggunaan kos yang minimum menjadikan program ini lebih efektif kerana penggunaan tenaga pengajar secara interpersonal. Kejayaan program ini mampu meningkatan pretasi kerja guru yang dibimbing.
INISIATIF 2
PEMBUDAYAAN KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA (KMK)
Pembudayaan KMK di sekolah adalah untuk memupuk dan menerapkan budaya produktiviti dan daya saing di peringkat sekolah. Selain itu, para guru akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan menganalisis sesuatu permasalahan secara analitikal dan kritis bagi menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pembudayaan KMK juga dapat meningkatkan komitmen guru dalam melaksanakan tugas serta berupaya memantapkan kemmahiran berkomunikasi dalam kalangan guru.
INISIATIF 3
LEADERSHIP COACHING DALAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK
Leadership coaching juga boleh dilaksanakan di peringkat sekolah dalam kalangan pentadbir (penolong-penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran) sebagai langkah pendedahan dan latihan untuk memikul tanggungjawab pengurusan kurikulum pada masa ketiadaan pengetua ataupun apabila mereka sendiri dinaikkan pangkat sebagai pengetua atau guru besar.
INISIATIF 4
PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH (PEBELS)
Pentaksiran Pembelajarn Di Sekolah (PEBELS) ialah penilaian yang berterusan dalam proses pendidikan terhadp perkembangan murid dari segi intelak, rohani, emosi dan jasmani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebgnasaan. PEBELS dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Program ini akan mengambil kira faktor-faktor lain yang membantu kecemerlangan murid yng melibatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja murid serta kemahairan mengurus masa. Di samping itu sikap positif dan penglibatan aktif murid turut diberi penekanan.
INISIATIF 5
PROGRAM “GILAP” AKADEMIK
(G.I.L.A.P – Gilapan Intelek Lonjakan Aspiirasi Pelajar)
Program “GILAP” Akademik bertujuan membantu sekolah harian khususnya dalam merancang program pengukuhan untuk pelajar yang baik dan kelas pemulihan untuk pelajar yang lemah. Pelaksanaan program ini diharap dapat mengurangkan berlakunua keciciran pelajar di mana-mana sekolah dan merapatkan jurang antara Sekolah Kluster dengan sekolah harian.
INISIATIF 6
RAKAN KONGSI PINTAR
Rakan Kongsi Pintar merupakan gabungan strategik antara insitusi-institusi yang bekerjasama secara profesional dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti yang dapat memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat. Dalam konteks sekolah, pemuafakatan seumpanma ini akan membantu mencapai kecemerlangan pendidikan di sekolah. Justeru, pihak PPDPU mengambil inisiatif untuk menggerakkan program pemuafakatan antara sekolah-sekolah di bawah PPDPU dengan insitusi-insitusi pangajian tinggi awam dan swasta.
INISIATIF 7
RAKAN PEMACU PENINGKATAN SEKOLAH
Rakan Pemacu Peningkatan Sekolah adalah gabungan strategik antara sekolah-sekolah yang bekerjasama secara profesional dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti generik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.







