Salam Mesra..

Setiap tahun Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.

Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan.

Lokasi sambutan hari Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini belum lagi ditetapkan tetapi berkemungkinan akan diadakan di Dataran merdeka.

Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 adalah:

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

(Tema Hari kemerdekaan ke 53 pada tahun lalu ialah “1 Malaysia Menjana Transformasi”)

 

Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan

Fokus utama : Pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.
Tujuh kategori yang dipertandingkan:

  • bangunan kerajaan
  • bangunan swasta,
  • kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan Estet, Felda),
  • sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan),
  • taman perumahan,
  • individu
  • pintu gerbang.

Tarikh pelaksanaan / pengibaran Jalur Gemilang : 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos,

Penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah. Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didapati di laman web Jabatan Penerangan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kredit  :  e.didik

Pertandingan Keceriaan Kelas